Selasa, 31 Desember 2013

Isyarat Lucah – Pemberita Rusia Dipecat



Seorang penyampai berita televisyen di Rusia yang menunjukan  isyarat lucah apabila menyebut nama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ketika berita bersiaran secara  langsung telah dipecat.
Tatyana Limanova pada waktu itu sedang membaca satu segmen mengenai persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik apabila dia membuat isyarat lucah itu – sebaik sahaja dia menyebut nama Obama.
Dia melihat ke bawah ketika bercakap tentang bagaimana Presiden Dmitry Medvedev akan bakal menjadi ketua persidangan sebagai sebahagian daripada putaran jawatan Pengerusi.
Tetapi ketika dia membaca yang jawatan itu dahulunya disandang oleh Obama, dengan jelasnya dia menaikkan tangannya – dan kemudian jari hantunya.
Hari ini, REN TV, yang dikawal oleh sekumpulan sekutu rapat Perdana Menteri Vladimir Putin dan disiarkan kepada kira-kira 120 juta orang di Rusia, menyifatkan tingkah lakunya sebagai ‘tidak profesional’ dan ‘tidak boleh diterima’.
“Pada 14 November semasa rancangan Berita 24 penyampai berita Limanova telah melakukan satu tindakan yang tidak boleh diterima yang sinonim untuk ungkapan kesat.
“Ia tidak mempunyai subteks dan tidak berkaitan dengan berita yang Limanova baca pada ketika itu.
“Satu keputusan telah diambil iaitu Limanova tidak boleh dan tidak akan terus bekerja di saluran REN TV sebagai penyampai berita,” kata satu kenyataan.
Sumber berkata Limanova, ibu kepada seorang anak yang berkahwin dengan seorang jurukamera, mempertahankan yang dia tidak bersalah, mengatakan dia sangka kamera ditutup pada ketika itu.
Namun nampaknya ia tidak dapat menyelamatkan wartawan yang pernah memenangi anugerah itu daripada dibuang kerja. - InfoSerius.com

Wanita Ini Disangka Hamil Rupanya Ular Bersarang Di Perut Selama 7 Bulan

1 Mac 2013  catatan idahsalam




Dikira hamil, seorang wanita Pakistan ternyata tanpa sengaja telah "memelihara" ular selama lebih dari 7 bulan di dalam perutnya.

Kejadian yang sukar dipercaya itu dialami oleh seorang wanita berumur 50 tahun, Rasheedan Bibi, penduduk kota kecil Chora Saggar di Pakistan.

Dilaporkan oleh The Nation,  Bibi   tertelan ular itu  ketika dia minum air dari kendi di rumahnya. Setelah 2 bulan, dia merasakan perutnya membesar, namun dia hanya mengira ketika itu dirinya sedang hamil. 7 bulan kemudian, seluruh tubuhnya membengkak dan dia mengalami sakit teruk. Bibi lalu dibawa ke rumah sakit dan semua orang terkejut ketika test USG menemukan adanya ular besar di dalam perut wanita itu.

Rasheedan Bibi, memakan 14 roti setiap hari. Keluarganya termasuk golongan yang tidak mampu dan mereka memohon kepada ketua Mentri Punjab (daerah antara Pakistan dan India) untuk membantu biaya pembedahan
Ditulis oleh berita maya,

Senin, 30 Desember 2013

sayangilah kucing

khasiat air ludah

Pernahkah kita bertanya kenapa haiwan menjilati tubuh mereka? Kenapa ibu kucing menjilat mata dan tubuh anak kucing yang dilahirkannya? Dalam dunia haiwan, haiwan dilindungi alam dan mempunyai naluri untuk mudah sembuh daripada luka yang biasa berlaku. Luka yang disebabkan oleh haiwan pemangsa sering kali menyebabkan penularan bakteria kepada mangsa. Secara naluri, haiwan yang luka akan menjilati lukanya untuk membersihkannya dan menyebarkan minyak tubuh ke dalam jaringan yang terluka. Minyak ini bertindak sebagai anti-jangkitan bakteria dan seterusnya melindungi haiwan itu.

Kucing Pandai Mengesan Penyakit

Haiwan yang paling jinak dengan orang Melayu ialah kucing. Kucing dikatakan bagus dipelihara kerana kucing memiliki kebolehan untuk mengesan penyakit dan kemudian mengubatnya dengan menjilat. Sekiranya pemelihara kucing menderita sakit terkehel, salah urat atau pegal-pegal, hulurkan sahaja bahagian tubuh yang sakit itu kepada kucingnya. Kucing itu akan menghidu-hidu seketika dan kemudian menjilatnya. Tidak lama kemudian, sembuhlah sakit itu. Justeru sekiranya pemelihara kucing tiba-tiba dijilat oleh kucingnya, jangan ditepis atau dipukul kucing itu. Bahagian yang dijilat itu mungkin merupakan punca penyakit dan jilatan yang mengeluarkan air ludah itu pula merupakan penawar atau ubat kepada penyakit itu.


Air Ludah

Air ludah atau air liur (saliva) adalah cairan bening yang dihasilkan dalam mulut manusia dan beberapa jenis haiwan. Manusia mengeluarkan sekitar 700 ml air liur setiap harinya. Air liur berfungsi membasahi makanan untuk membantu mengunyah dan menelan. Air liur juga mengandung enzim-enzim yang memulai dan memudahkan proses pencernaan. Fungsi lain air liur adalah memberbersihkan mulut daripada bakteria dan membasuh partikel makanan.


Air liur yang berada di mulut merupakan bahagian terpenting dalam perawatan rongga mulut. Di dalam air ludah terkandung sistem pertahanan alamiah yang berfungsi menjaga keseimbangan ekologi flora mulut. Cairan yang dikeluarkan oleh kelenjar ludah secara terus menerus membersihkan mulut. Oleh sebab itulah, jika seseorang kurang meminum air, maka kebersihan mulut akan berkurangan.


Kajian Saintifik tentang Ludah

Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka. Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.


Pengubatan Cara Lama

Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan ludah sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.


Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air ludah sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.


Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Menurut orang tua-tua, supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.


Petua paling janggal kedengarannya adalah jika ada anak lelaki yang mandul anunya, si ibu disuruh mengulum anunya sekali. Menurut orang tua-tua, ‘buat syarat’ sahaja. Perbuatan itu bukanlah untuk mewujudkan sebarang erotis sumbang mahram. Orang tua tua amat yakin bahawa petua itu memang mujarab.


Kebiasaan orang Melayu dahulu ialah menjilat bahagian tubuh yang sakit kerana dikatakan, penderita akan cepat pulih. Kebiasaan ini mungkin didapati daripada pengamatan terhadap tingkah laku haiwan yang sakit.


Sirih dan Ludah

Pemakan sirih mempunyai air ludah yang banyak kerana air liurnya terangsang oleh rasa sirih pinang dan tembakau. Disebabkan campuran ramuan sirih, air ludah pemakan sirih berwarna merah. Dahulu, ada orang kampung mengamalkan mengunyah sirih dan membuang ludahnya ke dalam sebuah bekas khas. Air ludah yang terkumpul itu kemudian digunakan untuk tujuan pengubatan dan urut. Dikatakan, ramuan sirih yang sememangnya berkhasiat, apabila bercampur dengan air ludah, menjadi bahan yang amat mujarab sebagai penyembuh penyakit kulit dan tulang. Ini juga dapat menjelaskan mengapa dalam beberapa pengubatan tradisional mempunyai kaedah sembur. Maksudnya, bomoh akan mengunyah sirih pinang dan kemudian menyembur si pesakit. Ada juga yang hanya berkumur air jampi dan kemudian menyembur pesakit.


Air Ludah Orang Mulia

Dahulu, sekiranya seseorang yang dianggap mulia dan berilmu tinggi seperti ahli agama atau guru minum air, ramai yang menantikan peluang mengambil bekas minuman orang mulia itu. Mereka percaya bahawa bekas air minuman itu amat berkat kerana mengandungi sisa air dan air liur orang yang mulia. Bekas itu kemudian digunakan tanpa dicuci, dengan menambah air masak. Biasanya, air minuman itu diberikan kepada anak-anak mereka yang kurang pandai belajar atau nakal tingkah lakunya.


Kepercayaan ini turut tercatat dalam kitab Sulalatus Salatin. Diriwayatkan, pengislaman Raja Samudera iaitu Merah Silu, turut melalui mimpi. Baginda bermimpi didatangi Nabi Muhammad SAW. Mulutnya diludahi oleh Nabi. Apabila baginda tersedar, baginda sudah boleh membaca ayat-ayat Al-Quran dengan fasih dan lancar.



Festival Meludah

Festival Meludah diadakan secara tahunan di Mexico. Peserta festival diberi tembakau untuk dikunyah. Fungsi tembakau ini adalah untuk merangsang air liur dan dahak. Peserta kemudian berlumba-lumba menyemburkan ludah mereka sejauh-jauhnya. Peludah yang terjauh akan memenangi pertandingan itu.


Pantang Meludah

Kita meludah apabila air liur kita melimpah atau kelenjar air liur keluar lebih banyak daripada sepatutnya. Air liur yang dibuang itu adalah ‘meludah’. Faktor yang menyebabkan air liur keluar lebih banyak juga disebabkan rangsangan pancaindera kita. Misalnya, rasa pahit, pedas dan masin. Bau busuk boleh membuat kita mual lalu meludah. Keadaan kerongkong yang tidak sihat menyebabkan batuk dan kahak juga membuat kita meludah. Begitu juga dengan emosi jijik, muak, menyampah, jengkel, geram dan marah.


Dewasa ini, meludah dianggap perbuatan yang kotor dan mengotorkan pemandangan. Ludah orang yang sakit juga membawa bakteria penyakit dan boleh mengakibatkan penyakit merebak. Meludah juga dianggap satu perbuatan yang negatif apabila perbuatan meludah dilakukan ke atas tanah di hadapan orang lain. Apatah lagi, kalau kita meludah ke muka atau tubuh orang lain. Perbuatan itu boleh membawa pergaduhan kerana meludah sebegitu adalah satu penghinaan dan mencabar orang yang diludah.


Natijahnya, walaupun ludah dianggap ubat yang berkhasiat menyembuhkan luka, meludah sebarangan pula boleh mengakibatkan kekotoran dan persengketaan. Sesungguhnya meludah dianggap perbuatan negatif dan terpancar dalam peribahasa Melayu. Meludah ke langit hanya membawa kesusahan sendiri kerana cuba melawan orang yang berkuasa. Kalau meludah jilat kembali, samalah ertinya dengan orang yang tidak berpendirian kerana setelah menghina seseorang, orang itu dimuliakan kembali.

Share

Follow fadah5 on Twitter

Ketua Pemuda Umno Kepong dipercayai diserang warga asing


Wartawan Sinar Harian
24 September 2012
Dua penyamun serang Ketua Pemuda Umno Kepong
Ketua Poils Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin (tiga, kanan) melihat kereta Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali yang ditikam pada pukul 3.30 pagi tadi.
AMPANG - Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati ada pergelutan antara Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali dengan dua penjenayah terbabit yang dipercayai warga asing.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis mendapati barangan berharga mangsa iaitu telefon bimbit dan cincin masih berada di lokasi kejadian dan senjata yang digunakan penjenayah tidak ditemui di lokasi kejadian.
"Keadaan mangsa stabil dan doktor menasihatkan mangsa berehat. Kami akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh dan kami juga masih menunggu laporan perubatan," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa di Hospital Ampang di sini hari ini.

Tun Hisan berkata, jiran mangsa memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan dan dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun, katanya.
Norizan parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.
Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.
Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.
"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.
Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.
"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

Arsenal Teratas City Belasah United


Arsenal merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Chelsea yang baru sehari menghuninya selepas berjaya menewaskan Stoke 3-1 di laman sendiri, malam tadi.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu diekori rapat Tottenham di tangga kedua yang menang tipis 1-0 ke atas Cardiff di tempat lawan.

Manakala Manchester City menyusul di tangga ketiga selepas mereka mudah menewaskan juara bertahan, Manchester United 4-1 di laman sendiri.

Satu lagi aksi malam tadi menyaksikan Swansea menang 2-0 ke atas Crystal Palace di gelanggang lawan.

Di Stadium Emirates, Arsenal mendahului menerusi Aaron Ramsey minit ke-5 sebelum disamakan Stoke menerusi Geoff Cameron minit ke-26.

Per Mertesacker kembali meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-36 sebelum Bacary Sagna mengesahkan kemenangan tuan rumah hasil jaringan ketiga minit ke-72.

Di Stadium Cardiff City, kemenangan Tottenham ke atas pasukan tuan rumah diperolehi menerusi jaringan tunggal pada masa kecederaan oleh Paulinho untuk mengecewakan puluhan ribu penyokong kelab pemilik dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu.

Di Stadium Etihad, City terlalu hebat dan mudah membolosi gawang United sebanyak empat kali menerusi dua jaringan Sergio Aguero minit ke-16 dan 47, Yaya Toure minit ke-45 dan Samir Nasri minit ke-50.

Gol saguhati United terhasil menerusi sepakan percuma Wayne Rooney minit ke-87.

“Kami tidak beraksi baik, City lebih baik. Mereka bermula lebih kuat dan pantas daripada kami. Tapi kami akan pulihkan semula keadaan, perjalanan masih jauh. Kami akan bangkit,” kata pengurus United, David Moyes.

Pengendali City, Manuel Pellegrini pula berkata: “Ia kemenangan cukup penting. Secara normal kamu pasti tidak menyangka kami boleh menang 4-1 ke atas United. Tapi apa yang penting, cara kami bermain. Saya cukup gembira.”

Selepas lima perlawanan, Arsenal di tangga teratas dengan 12 mata diikuti Tottenham (12), City (10), Chelsea (10) dan Liverpool (10).

Sementara itu, Sunderland yang tewas 0-3 kepada West Brom, kelmarin membuat keputusan mengejut memecat pengurusnya, Paolo Di Canio selepas mereka kini di kedudukan tercorot liga dengan hanya satu mata – sekali seri dan empat tewas.

Minggu, 29 Desember 2013

Kucing Jadi jadian Mati Bunuh Diri

 
Dennis si Kucing Jadi-jadian Tewas Bunuh Diri
dailymail
Dennis Avner 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 NEVADA - Dennis Avner, seorang lelaki Nevada, Amerika Syarikat  , yang menghabiskan bertahun-tahun untuk mencuba memetamorfosiskan tubuhnya menjadi sama seperti kucing telah meninggal dunia di usia 54 tahun.

Tubuhnya yang sudah tak bernyawa ditemui di dalam rumahnya di wilayah Tonopah, pada tanggal 5 November.
Penyebab kematiannya hingga kini belum terungkap, namun sejumlah orang dekatnya berspekulasi bahawa dia mengakhiri hidupnya sendiri.

Shannon Larratt, mantan editor dan penerbit BMEzine yang merupakan seorang teman dekat Avner, dalam sebuah postingan di blog peribadinya mengatakan Dennis merupakan orang yang sangat kompleks.
"Ia orang yang kompleks, dan baru-baru ini telah mengambil hidupnya sendiri pada usia 54," ucapnya seperti dilansir oleh Dailymail, Rabu (14/11/2012).

Dennis, yang bekerja sebagai seorang programmer komputer, telah merombak total penampilan fisiknya, menjadi serupa dengan kucing. Modifikasi tubuhnya dilakukan melalui pembedahan yang dilakukan oleh
seorang seniman dan pelopor teknik modifikasi tubuh, Steve Haworth.
Operasi untuk memodifikasi tubuh Dennis meliputi, bifurkasi guna membelah bahagian atas bibirnya, penambahan daun telinga, implant sillicone di pipi dan dahinya, pemotongan gigi, tato, piercing dan wajah.

Lelaki keturunan Amerika-Indian itu, lebih suka  memakai nama Indiannya, Cat Stalking, dibandingkan nama aslinya. "Saya seorang Indian dari suku Huron dan mengikuti tradisi yang sangat tua dan telah mengubah diriku menjadi harimau," katanya.
Veteran Angkatan Laut Amerika itu meraih kepopularitinya setelah beberapa kali tampil beberakali dalam acara Ripley Believe It or Not! 
 
 

TRIBUNNEWS.COM

Isu Kahwin Anak Datuk K Temui Rozita Che Wan

Isnin, 24 September 2012

Rozita tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana lelaki berstatus suami orang.
PETALING JAYA: Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.
Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.
"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada portal redcarpet.net.my.
Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.
Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.
Siti bersama suaminya, Datuk K pada majlis rumah terbuka di kediaman mereka di Kuala Lumpur.
"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin," ujarnya.
Sementara itu, Rozita menjelaskan dia kini selesa hidup sendirian dan akan lebih berhati-hati mencari cinta selepas rumah tangganya hancur sebelum ini.
Rozita berkata, dia sentiasa mengambil pengajaran daripada kegagalan perkahwinannya yang lalu dan mengakui cerewet apabila melibatkan lelaki.
Malah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda, dia akan memastikan lelaki tersebut tidak mempunyai anak kerana tidak mahu bergaduh dengan anak-anak tirinya.
"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.
"Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya.
Tambah Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.
"Anak-anak tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri," ujarnya.
* Sumber mStar Online

relevansokmo


Maut Minum Dadah Bernilai RM173 000


London – Seorang lelaki maut selepas meminum cecair dadah meth selepas menyangkanya minuman kesihatan.

Romano Dias, 55, diberikan sebotol cecair yang kelihatan seperti jus buah oleh anak perempuannya, Katee yang menemuinya dalam bungkusan yang dihantar ke kediamannya.

Selepas meneguk separuh gelas daripada cecair itu, Dias mula berasa sakit dan mati sejurus kemudian.
Polis berkata, penemuan dadah itu di Britain adalah sesuatu yang luar biasa, tetapi serbuk meth mendapat perhatian awam melalui rancangan televisyen yang memenangi pelbagai anugerah, Breaking Bad.

Pasangan Dias, Debra Dulson berkata dalam satu kenyataan, ketika mangsa membuka botol terbabit, dia menemui lapik gabus di bawah penutupnya.

Debra berkata, Dias meneguk minuman itu dan memberitahu ia berasa tidak sedap sebelum mengadu tekaknya terbakar.

“Saya rasa macam nak mati,” katanya.

Analisis yang dijalankan terhadap botol itu yang dilabel sebagai minuman kesihatan menunjukkan ia mengandungi dadah methamphetamine tulen bernilai £34,000 (RM173,000).

Dadah itu yang lebih dikenali sebagai serbuk meth ialah amphetamine yang kuat dan biasanya dihisap, hidu atau disuntik.

Inkues yang dijalankan mendapati bungkusan itu dihantar ke kediaman Katee Dias di London. Ia menunjukkan alamat yang betul tetapi dengan nama yang salah.

Katee mengambil bungkusan itu kerana menyangka seseorang akan mengambilnya kelak lalu menyimpannya selama enam bulan. Dia kemudian membuka bungkusan itu dan menemui botol berkenaan.

Tidak lama kemudian, dia memberikan botol itu kepada bapanya.

Pegawai polis Ian Simmons memberitahu mahkamah Huntington yang Dias dan keluarganya tiada sebarang kaitan dengan sindiket dadah.

“Insiden yang berlaku di luar jangkaan dan sukar untuk dijelaskan,” katanya.

Simmons berkata, berdasarkan pendapat profesionalnya, botol itu menjadi sebahagian rancangan untuk membawa dadah kelas A ke Britain.

Bungkusan itu dihantar tiga tahun lalu dan kertas pembungkusnya juga sudah koyak, membataskan siasatan polis.

Pakar bedah siasat William Morris mengumumkan yang kematian Dias ialah satu kemalangan. – Agensi

Sabtu, 28 Desember 2013

Ayah Bunuh Puterinya kerana Dirasuk Roh Jahat

 
TRIBUNNEWS.COM, VIRGINIA - Seorang lelaki Virgina, Amerika Syarikat  , dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun, kerana membunuh puterinya berusia 2 tahun dalam upacara pengusiran roh halus.
Eder Guzman-Rodriguez (30), dihukum di Mahkamah Floyd County, di hari Isnin. Dia sebelumnya menolak tuduhan telah melakukan pembunuhan tingkat pertama terhadap puterinya, Jocelyn, pada November 2011.

Dalam pemeriksaan polis , Eder mengatakan puterinya telah dirasuki setan, dan dia berusaha mengusirnya keluar.
Pendakwa Commonwealth Stephanie Shortt mengatakan, anggota polis  yang pertama kali tiba di lokasi pembunuhan melihat, beberapa orang warga hispanik memegang Alkitab berdiri di dek rumah kereta milik Eder.

Tubuh bayi itu ditemukan di atas tempat tidur kamar utama, terbungkus di dalam selimut dan sudah dalam keadaan tidak bernafas. Sementara sejumlah Alkitab dan literatur agama lainnya, ditemukan bertebaran di dalam kamar itu.
 

Sementara Eder mengaku dirinya juga dirasuk  roh jahat, sehingga dia boleh melihat puterinya memberikan isyarat kepadanya, seolah-olah dia ingin melawan. Hal itu membuat Eder meninjunya berulang-ulang dengan tangan kosong.

Hal itu membuat sejumlah tulang rusuk Jocelyn patah, juga luka lecet, dan memar pada paru-parunya. Ia kemudian mengalami pendarahan, dan meninggal dunia kerana sesak nafas. (skynews.com)

Dua Penerjun Payung Terbunuh Terjatuh Ketika Latihan

24 Mac 2013 detikNews
 
 2 Penerjun payung masuk dalam rombongan ini sebelum terbunuh(Tampa Bay Times)

 Instruktur  payung terjun dan muridnya hilang saat berlatih terjun payung bersama 20 orang lainnya di atas udara Zephyrhills, Florida, Amerika Syarikat (AS). Mereka ditemui terbunuh di kawasan hutan yang tak jauh dari situ.

Awalnya, sekelompok orang dari Island , sekitar 22 orang melakukan latihan terjun payung dari pesawat yang lepas landas dari Lapangan Terbang Kota Zephyrhills, pada Sabtu (23/3) pukul 11.30 waktu setempat, demikian seperti dikutip dari Bay News 9 dan Tampa Bay Times, Minggu (24/3/2013).

Kemudian setelah 20 orang mendarat dengan selamat, 2 orang itu tak kunjung terlihat. Lalu 20 orang lainnya mulai mencari kedua orang tersebut.

"Salah satu dari dua orang Islandia itu adalah instruktur yang sangat berpengalaman dengan ribuan jam terbang, dan muridnya sudah kedelapan kali ini latihan," kata pengurus Skydive City, David TK Hayes.

Setelah 2 setengah jam pencarian tak menemukan hasil, sekolah terjun payung itu kemudian melibatkan Polis Pasco. Setelah mencari lebih dari 4 jam, termasuk dengan pesawat kecil dan helikopter, pencarian itu menemukan kedua laki-laki itu di hutan kayu di dekat airport pada pukul 19.30 waktu setempat.

Mereka ditemukan tergeletak tak bernyawa dengan posisi berdekatan. Yang satu memakai jumpsuit putih dan satunya memakai jumpsuit hitam-putih. Sementara parasut mereka berwarna putih-hijau dan satunya berwarna biru-abu-abu.

Video yang diambil salah satu penerjun payung yang ikut melompat menunjukkan bahwa mereka tak terbang tandem. Namun saksi mata menyebutkan sang instruktur kehilangan kesadaran saat di udara dan kemudian terjatuh berputar-putar hingga ribuan kaki menghantam daratan. Kepolisian Pasco juga belum memastikan apakah parasut mereka berhasil terbuka atau tidak.

Lagi artis bangang “Kalau PAS Berkuasa Industri Filem Muzik Kita Akan Hancur” – Norman KRU

April 28, 2013


ohartis-norman-kru
Kehangatan PRU ke-13 semakin dirasai. Sebentar tadi berlaku sedikit kekecohan di Twitter apabila Norman Abdul Halim membuat satu kenyataan melalui Twitter’nya bahawa jika PAS memimpin negara ini, industri filem dan muzik di Malaysia akan hancur. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan banyak pihak yang menyangkal dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.
ohartis-tweet-norman-kru-1
Ramai yang berpandangan, sesiapa pun yang memerintah Malaysia, ianya tidak memberi kesan kepada industri filem dan muzik di Malaysia jika ianya benar-benar bagus. Penggiat filem dan muzik di Malaysia sepatutnya terus mencuba menghasilkan sesuatu yang bagus dan boleh dibanggakan bukan membabitkan siapapun yang memerintah negara ini.

Kita ambil satu contoh seperti Yuna yang kini sudahpun menempatkan namanya di US. Itu buktinya, kalau penghasilan industri yang berlaku di negara ini bagus, maka sesiapapun yang memerintah tidak akan memberi kesan melainkan kerana bakat anak seni itu sendiri. Pendek kata, kalau betul hebat dan berbakat tentu boleh pergi jauh. Bukan mencari salah pihak lain atas kekurangan diri kita sendiri.

Antara penggiat filem lain yang tampil memberikan pandangan neutral mereka adalah Ahmad Idham yang mengingatkan jatuh bangun industri di Malaysia tidak kena mengena dengan isu siapapun yang memerintah. 
sumber:ohartis

Jumat, 27 Desember 2013

Kamis, 26 Desember 2013

Rayuan Khairy ditolak saman RM100 juta Anwar dibicara



                               Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Panel tiga hakim mahkamah itu, yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali, sebulat suara menolak rayuan Khairy agar saman itu diketepikan.
Hakim Ramly berkata mengikut Peraturan Mahkamah Tinggi, kes itu tidak wajar diketepikan.
“Kes ini perlu dibicarakan kerana terdapat beberapa ketidakpastian mengikut Seksyen 43 Akta Bukti,” katanya.
Khairy mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Dis tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mengetepikan saman fitnah itu.
Beliau memohon mengetepikan saman berkenaan dengan memberi alasan bahawa saman sivil itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.
Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Anantham Kasinater, memerintah Khairy membayar RM10,000 kos guaman kepada Anwar.
Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Nov dan 20 Nov untuk perbicaraan saman itu.
Pada 7 Mac, 2008, Anwar, yang genap berusia 65 tahun esok, memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
Ketua pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada atau kira-kira pada 20 Feb, 2008.
Dalam pernyataan bela diri yang difailkan pada 8 Okt, 2010, Khairy berkata beliau bersandar pada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. -Bernama