Sabtu, 28 Desember 2013

Lagi artis bangang “Kalau PAS Berkuasa Industri Filem Muzik Kita Akan Hancur” – Norman KRU

April 28, 2013


ohartis-norman-kru
Kehangatan PRU ke-13 semakin dirasai. Sebentar tadi berlaku sedikit kekecohan di Twitter apabila Norman Abdul Halim membuat satu kenyataan melalui Twitter’nya bahawa jika PAS memimpin negara ini, industri filem dan muzik di Malaysia akan hancur. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan banyak pihak yang menyangkal dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.
ohartis-tweet-norman-kru-1
Ramai yang berpandangan, sesiapa pun yang memerintah Malaysia, ianya tidak memberi kesan kepada industri filem dan muzik di Malaysia jika ianya benar-benar bagus. Penggiat filem dan muzik di Malaysia sepatutnya terus mencuba menghasilkan sesuatu yang bagus dan boleh dibanggakan bukan membabitkan siapapun yang memerintah negara ini.

Kita ambil satu contoh seperti Yuna yang kini sudahpun menempatkan namanya di US. Itu buktinya, kalau penghasilan industri yang berlaku di negara ini bagus, maka sesiapapun yang memerintah tidak akan memberi kesan melainkan kerana bakat anak seni itu sendiri. Pendek kata, kalau betul hebat dan berbakat tentu boleh pergi jauh. Bukan mencari salah pihak lain atas kekurangan diri kita sendiri.

Antara penggiat filem lain yang tampil memberikan pandangan neutral mereka adalah Ahmad Idham yang mengingatkan jatuh bangun industri di Malaysia tidak kena mengena dengan isu siapapun yang memerintah. 
sumber:ohartis

0 komentar:

Posting Komentar