Sabtu, 01 Februari 2014

80 bayi lahir ketika taufan Haiyan

Terdapat sebilangan bayi terpaksa dilahirkan lebih awal selepas ibu mereka mengalami kontraksi kerana terkejut.

TACLOBAN - FILIPINA - Di tengah-tengah bencana Taufan Haiyan yang mengorbankan ribuan nyawa di Filipina, 80 bayi baru lahir kini berjuang untuk hidup selepas dilahirkan di sebuah gereja kecil yang berfungsi sebagai hospital awam di bandar itu.

Pengarah hospital, Dr Alberto de Leon berkata, hospital itu turut menempatkan mangsa cedera selain menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal.

"Saya bimbang bayi ini terkena jangkitan terutamanya daripada mayat mangsa yang terdapat di bahagian belakang hospital," katanya dipetik Daily Mail

Mangsa, Meller Ballabog dan isterinya Mary Jane Tevez, 16, menamakan bayi mereka Yolanda bermaksud Taufan Haiyan dalam bahasa Filipina.

"Kami tidak mahu melupakan tragedi ini, kesusahan ini terbalas dengan satu kehidupan lain yang lebih bermakna buat kami sekeluarga," katanya.

0 komentar:

Posting Komentar