Jumat, 28 Februari 2014

Pemimpin PR tinggalkan kerusi selamat demi menangkan PR

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 22 Mac 2013
KUALA LUMPUR:Tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding di parlimen yang telah dimenangi dan memilih kawasan baru, adalah bagi membantu menaikkan momentum sokongan di tempat lain.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kesanggupan berdepan resiko oleh tokoh-tokoh tersebut merupakan satu semangat juang Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya nanti.

"Keputusan yang diambil oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk beralih dari bertanding di tempat boleh menang kepada kawasan baru merupakan satu komitmen dalam menaikkan momentun kemenangan Pakatan Rakyat.

"Walaupun berdepan dengan risiko kekalahan tetapi tanggungjawab yang ditunjukkan sebagai pemimpin yang mahu memastikan kemenangan pada pilihanraya nanti perlu disambut oleh semua pihak dan ia juga merupakan satu lanskap baru dalam Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Salahudin adalah salah seorang yang bakal meninggalkan kawasan Kubang Kerian, Kelantan yang dimenanginya pada 2008 untuk bertanding di Johor pada PRU13 nanti.

Selain beliau beberapa lagi nama besar dalam Pakatan termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang akan meninggalkan Ipoh Timur, Perak untuk bertanding di Gelang Patah, Johor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan akan bertanding sama ada di Perak atau Selangor iaitu keluar dari kawasan tradisinya Permatang Pauh.

Mengulas kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang menyifatkan Anwar sebagai lari dari Permatang Pauh kerana tidak yakin menang, Salahudin berkata kenyataan bekas perdana menteri itu satu kenyataan lapuk.

Malah katanya, tindakan Anwar itu melambangkan keterbukaan seorang pemimpin yang bersedia untuk berdepan pihak lawan di mana-mana kawasan yang ditentukan parti.

0 komentar:

Posting Komentar